TIP ELAK DIRI JADI GANGGUAN SEKSUAL



1.JANGAN BERPAKAIAN SEKSI
Pakaian yang mencolok mata merupakan antara faktor utama anda dijadikan sebagai mangsa.Ada kalanya lelaki yang tidak ada niat untuk melakukan perkara yang tidak baik pun boleh terdorong melakukan perkara yang tidak baik apabila melihat pakaian kamu yang seksi.

2.PERGAULAN YANG TIADA BATASAN
Harus sentiasa ingat pergaulan antara perempuan dan lelaki perlu ada batas-batasnya.Memberikan kebebasan untuk lelaki bercakap apa-apa sahaja dan menyentuh tanpa ada batasan itulah yang boleh menjerumus kepada masalah gangguan seksual.

3.HORMATI DIRI KAMU
Ertinya jangan mudah membenarkan lelaki menyentuh anda walaupun tidak ada tujuan yang mencurigakan.Tidak kiralah sama ada lelaki tersebut rapat ataupun tidak dengan anda.Hormatilah diri anda daripada diperlakukan sesuka hati.

4.HAD DALAM BERGURAU
Kebiasaannya apabila bergurau,anda jadi terlupa serta membiarkan diri disentuh dan anda juga tanpa segan akan bertepuk tampar dengan lelaki.Seharusnya ini tidak berlaku kerana biar pun dalam keadaan bergurau anda harus mengikat diri dengan batas-batas pergaulan.

5.ELAK MENGELUARKAN SEBARANG PERKATAAN LUCAH
Biar bagaimana rapat sekali pun hubungan anda dengan sesiapapun jangan merendah diri dengan berbicara yang berbau lucah.Faktor ini antara yang mendorong lelaki berani untuk mengganggu kamu berbentuk seksual.

Share:

0 Mendoakan Saya Berjaya