"Moment" Geli

Tarikh hari ini : 12 Jun 2015
Memandangkan sekarang ni cuti semester (walaupun cuti semester tinggal dua hari je lagi) Jadi aku rasa tergerak hati untuk kongsi sesuatu yang aku rasa aku nak sangat share.. Nakkk sangat... Nakkkkkkk sangat sangat...
Ok, sebelum kita mulakan tarik nafas dulu.............................. lepasssss..
 
Ramai orang tahu zaman teknologi sekarang ni popular dengan laman sosial WECHAT betul?
Dekat WECHAT tu pulak ada MOMENT kan??
Haaaa dekat MOMENT tu lah yang jadi masalahnya..
Nak tahu apa masalahnya??
Masalahnya ialah si pengguna jadikan MOMENT tu sebagai tempat luahan peribadi masing2. Peribadi yang terlampau peribadi.
Peribadi macam mana? Peribadi macam diari lah.. Peribadi yang tak patut semua orang tahu tentang diri / masalah seseorang. Kalau setakat peribadi biasa2 je tak apa. Tapi peribadi yang memang betul2 peribadi.. Tapi memang peribadi lah.. Ish, memang sangat peibadilah..
Hahahaha berapa banyak kali aku nak ulang perkataan PERIBADI tu..
Bukannya apa, hal macam ni boleh buat pengguna lain rasa tak selesa contohnya macam aku :D
Aku memang tak minat sangat nak tahu hal peribadi orang lagi2 masalah COUPLE.
Sebab aku rasa geli.. Kalau setakat masalah kecil2 nak mengamuk dekat moment tu normal lah walaupun tak sesuai sebenarnya. Tapi ni masalah besar. Bukan setakat itu saja, ada yang baru COUPLE tapi dah gelarkan awek dia tu WIFE???? Apakah lakonan dunia yang cuba dilakukan mereka ini???? Kalau setakat sekali dua tu mungkin okay lagi. Tapi yang ni selalu. Sampai segala jenis masalah rumah tangga yang tak sah mereka tu diceritakan dekat moment. Tu tak termasuk lagi dengan gelaran yang konon2nya sweet mereka tu lagilah buat aku rasa "Iyekkkkk!!"
Oklah.. mungkin juga mereka tu dah kahwin.. (Husnudzon) tapi janganlah share masalah rumah tangga dalam MOMENT, please..
Mungkin bukan aku sorang je yang rasa macam ni dan mungkin juga aku adalah antara orang yang meluahkan rasa hati aku di dalam blog ni..
Aku harap benda macam ni dapat dikurangkanlah. Jangan teruskan lagi perkara2 macam ni. Memalukan diri sendiri. Merosakkan persepsi orang terhadap diri sendiri.
Memang akaun WECHAT tu kita yang punya dan kita berhak untuk update apa saja MOMENT yang kita suka. Tapi berpada-padalah ye? Jangan main suka2 je update sampai hal peribadi semua nak belasah je dalam tu. Bukan kau sorang je pengguna WECHAT. Ingat tu.... Hormatilah pengguna yang lain.. Kalau rasa ada banyak sangat masalah peribadi tu, jangan update dekat MOMENT. Update dekat DIARY atau luahkan dekat sahabat yang dipercayai. Tak semua orang tahu dan faham masalah kau tu. Kalau kau update dekat MOMENT kau dapat apa kan??

Share:

0 Mendoakan Saya Berjaya