Tarikh Harini : 31 December 2011
Guys!! Harini family zati bercuti ke Port Dickson!!! Hahaha!! So Exited hokayy??
yela, cuz zati pun dah lame gila tak jalan-jalan kat sana.. Dulu-dulu selalu lah jugak..
Tapi sejak dah remaja ni.. jadi jarang-jarang pergi sana.. Ewahhhh!!!
Zati bercuti dekat sana selama 3 hari 2 malam jerrr..
Lari pada tajuk sekejap..
Actually, zati ucapkan Selamat Tahun Baru, Azam Baru, Girlfriend Baru, Boy friend Baru.. Eh!! tak.. tak.. tak!!!
Kepada sesiapa yang akan menduduki UPSR tahun 2012.. Zati doakan semoga BERJAYA!!!
Kepada sesiapa yang akan menduduki PMR mcm zati.. Zati doakan semoga BERJAYA dan mendapat keputusan YANG CEMERLANG!!!
DAN.. kepada sesiapa yang akan menduduki SPM mcm
Niesa Evince .. Zati doakan semoga korang BERJAYA!! hokayy???
Yang SPM tu buat betul2 ok?? Inilah penentu masa depan korang..
Okaylah zati nak sarapan tau!! See u again..
Tata!!! Assalamualaikum!!
XOXO !!
Tarikh harini : 30 December 2011
Hey hey hoo!! Welcome !! haha.. Alhamdulillah skrang kesan terkena minyak dah semakin pulih..
apa?? sakit?? of course sakit .. muka tak de masalah.. cuma ade kesan sikit je.. but!! tangan mmng ada kesan dan blom hilang lagi kesannye!!!
Inilah wajah aku yang sekarang..
maaflah kalau tak berapa jelas, maklumlah kamera murah je.
Hehe!! tiba-tiba je masa ni aku melaram pulak!! ^_^
Harini aku tak bnyak cerita nk di POST kan.. Cuma nk menceritakan tentang keadaan aku je..
uhuk uhuk.. yeeehaaa!!
eish.. busuknya aku sekarang ni.. nak mandi lah..
Tata!! Assalamualaikum!!
XOXO !!
Tarikh harini : 18 December 2011
Cakk!! hehe.. okay, actually aku write new entry ni cuz aku nk story something .
Last sunday, aku goreng keropok lekor. Mula2 okay je.. tak de pape masalah. Tapi lepas tu tiba2 je keropok lekor tu meletup.!
Habis muka dan leher termasuklah tangan aku terkena minyak panas!! Sakit tau..
Bila dah suratan takdir nk buat macammane kan? aku redha jelah dgn ape yg berlaku..
Inilah wajah aku. hahaha!!
Dan inilah kesan wajah yg terkena minyak panas tuh!
Okaylah.. aku rse tak banyak cerita yg zati nk post k0t.. just aku nk bgithu kepada sesiapa yg membaca entry ni..
"Berhati-hati ketika memasak di dapur. Utamakan Keselamatan!"
Cehh!! Mcm iklan lah pulak.. okay2, aku nk solat ni..
Assalamualaikum!!
XOXO !!
Actually, zati tulis entry kalini sebab nak story yang zati akan tinggalkan blog ni selama TIGA HARI hokeyy?? Nampak tak post title kat atas tu?? yeahh!! zati ade event dan tak balik kerumah. So, zati tak update apa-apa entry :'(
(p/s macamlah aku ni selalu sangat 'write a new entries') huhuahahahahahaha!! 'Gelak Jahat'
Zati dah lame tak tulis entry baru cuz zati sangat,sangat,sangat BUSY!! Zati ade kerja yang lebih penting daripada menulis blog ni.
Tapi yang sebenarnya zati malas nak tambah entry baru
Okayy!! zati akan merindui blog yang disayangi ni. Dan.... zati akan merindui segala benda yang ada dalam blog ni... oh! tidak lupa kepada sesiapa yang rajin blogwalking blog zati ni. Huishh! zati akan merinduimu..
(p/s macam nak tinggalkan blog buat selama-lamanya je, padahal event TIGA HARI JERR)
hahahahahahahahhahahaha!!! sebenarnya zati pun tak tau ape motif zati gelak besar2 ni.. :)
Hokayy lah.. zati nak mandi!! tengah bucuk2 ni.. hehe
Tata!!!
XOXO !!
Today, tiba-tiba pulak zati terlintas difikiran zati, nak tulis pasal KELUARGA BAHAGIA..
Bila kita mempunyai keluarga bahagia, kita akan rasa seronok dan selalu senyum.. Mcm zati ye?? hehehe.. TERperasan pulak.. zati gurau je..
Keluarga Bahagia ni lahir daripada pasangan suami isteri yang bertanggungjawab,bertolak ansur,memahami dan kerjasama antara satu sama lain..
Kalau sebuah keluarga itu berpecah-belah, biasanya anak-anak akan memberontak terutamanya golongan remaja macam zati.. hehehe
Inilah contoh KELUARGA BAHAGIA..
Tgk tu.. Muka bapak sama... Muka ibu sama... Muka anak pun sama kan?? kan??
Jelez tak?? hehehe..
Anak dia comel kan?? bulu kening lebat..
ibu dia pulak berjambang nipis..hehehehe..
Jadi, sayangi keluarga anda.. Hormati ibubapa yang telah menjaga anda sejak kecil..
Jika pernah TERbuat salah dkt ibubapa.. cepat-cepat minta maaf dekat mereka..
Tiba-tiba zati rasa mengantok.. Okaylah.. Tata!!
Today, zati tulis entry baru ni pasal zati nk story psal header baru tu.. hehe.. comel tak??
Actually, header tu zati ambik daripada blog
Nyna Sakinah .. Thanks to Nyna cuz memberi keizinan zati ambik freebies yang dia buat.. :)
Walaupun ditulis Freebies, tapi kurang sopan lah kalau kita tak bagi tahu tuan punye badan atau pun owner freebies ni kan?? lebih-lebih lagi dia kawan kita.. kalau orang lain TAK PE ok?? hehe.. no.. no.. Zati gurau je.. kalau orang lain pun kita kena maklumkan kepada dia..
so, zati rasa.. ni je yang zati nk tulis kot.. sebab zati nak makan Tengahari ni.. Jom makan!!
zati belanja.. zati tunggu ni.. kat Mc Donald.. tak datang.. tak dapat.. :p
Tata!!
Zati nk story sikit lah pasal lori sampah.. Last week, lori sampah dah lame tak ambik sampah kat umah zati. Habis rumah zati kena serangan ULAT SAMPAH!!!
OMG!! Every morning, zati terpaksa cuci lantai depan rumah zati.. Penat derrr.. Ulat sampah yang menyusahkan dan menggelikan zati.. Masa tu, zati memang TENSION gilerr la.. Ini suma pasal LORI SAMPAH yang tak reti-reti nak ambik sampah lah..
Puaslah zati menunggu LORI SAMPAH ni.. bile lah nak datang.. Rumah zati dah terlalu banyak sampah.. sebab dah lama sangat lori sampah tak datang dan mengundang ULAT SAMPAH datang.
Lepas daripada peristiwa yang menggelikan ni.. Zati mendapat satu pengajaran, yang harus ditekankan.. Tak semestinya bekerja sebagai pengangkut sampah ini pekerjaan yang jijik dan kotor.. Asalkan ia satu pekerjaan yang halal.. Kerja sebagai seorang pengangkut sampah ni bukanlah pekerjaan yang mudah.. Tetapi pekerjaan sebegini sangat bernilai dan berharga buat masyarakat sekeliling. Tak kira lah sama ada masyarakat memahaminya atau tidak.
Cubalah kita bayangkan, kalau lori sampah tak datang dan angkut sampah-sampah di taman perumahan, kawasan awam dan sebagainya, agak-agaknya udara sekeliling kita ni segar tak??? Mesti ULAT sampah berkeliaran..
okaylah.. zati nak tido.. tata!
1.HIPOKRIT
Di awal perkenalan,si dia akan menjadi insan yang paling mulia.Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan dipenuhi.Namun harus diingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan.Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.
2.POKET KOSONG
Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada tapi sebenarnya poket kosong.Kalau ada pun cuma cukup untuk pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.
3.TIDAK PATUH PADA JANJI
Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji.Tengok sahaja setiap kali kamu dating siapa yang akan sampai dahulu.
4.BANYAK ALASAN
Sering ber pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan.Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain di atas kesalahannya sendiri.
5.'BRANDED'
Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama.Maklumlah nak memikat ramai mangsa...
6.BERLAGAK MACHO
Apabila keluar dengannya selalu tunjuk MACHO depan perempuan.Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu.Kononya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
7.BERANI BERTINDAK DI LUAR BATASAN
Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani sentuh-sentuh dibahagian yang sensitif.Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh lagi.
8.KAKI KIKIS
Selepas sebulan berkawan si dia sudah berni minta wang untuk dipinjam.Tanpa segan silu si dia memintanya dari kamu.Tetapi alasan yang diberikan untuk meminjam memang konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.Oleh itu hati-hati ya...
9.GUNAKAN PARAS RUPA
Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan jadi mangsa.Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati..
10.PERAHSIA
Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya.Ini sememangnya perkara yang sering berlaku tetapi harus diingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetapi ajak ayam-ayam sahaja.Mulut kata ya tapi hati kata tidak...
Kepenatan kini kian terasa.. Setelah seharian zati menghadap laptop dan mengedit blog Anise Evince .. Tu pun tak siap lagi lerrr... grrr... nk tilam.. nk selimut.. nak bantal musyuk2.. :p (tiba2 rasa geli pulak) heheehe...
ok, now zati nak kongsi sikit pasal orang yang kita gelarkan sebagai
KAWAN SEJATI atau
BESTFRIEND atau kalau dizaman Rasulullah dulu dipanggil
SAHABAT..
Sahabat ialah seorang teman yang setia.
Sahabat ada yang baik, ada juga yang kurang baik dan ada juga yang tidak baik.
Contoh Sahabat Yang Baik :
*Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan. T
idak kira dimana jua kita berada, dia akan mengingati kita dan sentiasa bertanya khabar pasal kita.
mereka akan pastikan yang kita tidak sedih kerana sikapnya. Sahabat yang baik tidak pernah menyembunyikan sesuatu atau berdendam dengan kita. Mereka akan menasihati kita jika mereka rasa sesuatu yang kita lakukan itu
SALAH. Mereka tidak akan
"CAKAP BELAKANG" pasal kita dan mereka sentiasa melabelkan kita sebagai orang yang penting dalam hidup mereka.
Contoh Sahabat Yang Kurang Baik :
*Sahabat yang kurang baik adalah sahabat yang tidak mempedulikan apa yang kita buat.
Mereka tidak mahu mengambil tahu apa yang kita buat, dimana kita berada, dan apa yang sedang menimpa kita. Jarang sekali mereka bertanya khabar pasal kita. Jika mereka tidak berpuas hati dengan sikap kita,
mereka tidak akan memberitahu kita dan
mereka hanya akan menceritakannya kepada orang lain. mereka sering membuat kita menangis. Sahabat seperti ini akan melabel kita sebagai kawan biasa dan kemungkinan besar dalam hati mereka,
kita bukan sahabatnya.
So, korang boleh nilai diri sendiri atau sahabat korang.. Adakah korang dan sahabat korang adalah
KAWAN YANG SEJATI????? Tepuk dada tanya selera, tanya iman, tanya hati..
Wahhh!!!
Harini mood zati happy jerr.. Coz, zati dpt relax dekat rumah!!!
Cuti PMR tinggal lagi sehari je??? grrr... malasnye nak gi sekolah... nak exam akhir tahun pulak tu...
Malas, malas, malas...
Nak exam tapi tak study p0n. :p
Bukannye ape, malaslah nak study.. nanti mesti mengantuk.. klau menghadap laptop x mengantuk :D
Btw... zati akan cuba utk rajin study.. zati nak berjaya.. :D
kalini zati target nak dapat markah tinggi... so, study, study, study dan jgn malas, malas, malas kena rajin, rajin, rajin... hehehe....
Assalamualaikum. .
Haish. . letihnya harini. . Kan best kalau dekat rumah ni ada tukang urut. . aman dunia. .
Rasa malas nak pergi sekolah telah terbuku didalam hati ni. . Penat, penat, penat. .
Harini ada ' UJIAN LISAN BI ' . . peerrrgghhh lagi malas. . Hari ini Hari RABU dan aku gelarkan " HARI MALAS SEDUNIA "
Pergi sekolah malas. . tapi online rajin pulak. . hehe. . itulah Izzati . .
siapalah yang tak kenal kan. ???
okay r. . sedang cuba untuk menambah mood RAJIN ni. .
Wassalam.
XOXO !!
Assalamualaikum. .
"Nothing Is Imposible" hehehe. .
TIADA yang mustahil dalam hidup ni. . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. .
Hikmah sebuah kehidupan adalah suatu pengalaman yang mematangkan hidup kita. . Hikmah juga datangnya daripada Allah. .
Tiada yang mustahil utk melakukan sesuatu diluar jangkaan setiap manusia. . Asalkan kita mesti guna akal fikiran dgn waras dan sewaras-warasnye. .
Jika kita merasai keputusan yang kita buat itu adalah yang tepat, teruskanlah dengan keputusan yg telah kita fikirkan tu. . Sesungguhnya setiap keputusan yang telah kita tentukan itu pun ada hikmahnya. .
Jadi, buatlah keputusan yang terbaik utk diri sendiri. . sesungguhnya diri sendiri yang tahu apa yang kita mahukan. . :D
Wassalam. .
Assalamualaikum. .
harini zati nk smilee. !! :D
zati rasa happy sgt2. . hehe. . lega rasanya bile dah dapat jalan cerita hidup yang baru. . Setelah berbulan-bulan rasa terseksa dgn jalan cerita hidup yang lama. .
Sebelum ni zati selalu EMO je. . huh. . yela, sbb tak tau macammana nak hilangkan rasa yg terbuku dlm hati. . but now. . I'm Happy. . rasa yang pernah terbuku dlm hati dulu, sedikit demi sedikit telah terhakis dan takkan muncul lagi. . InsyaALLAH. .
Kepada seseorang yang telah membahagiakan hidup zati. .
Thank You Very Much and ILY So Much. !! :')
Assalamualaikum. .
Firstly, zati nak say Thanks to
Cik Nyna. . dia yang ubah suai semua dalam blog zati. .
warna pink. .
I LOVEE IT. . Cantik kan. ? memang zati saje minta dia edit
SEsimple yang boleh. . dan zati yang minta dia edit blog ni dengan warna pink. .
Cik Nyna. . Thank you very much. ! ILY. . ~_^
BLOG INI DALAM PROSES pembaiknan.... terima kasih melawat tinggal kan jejak kaki anda die shout box .. #izzati belum siap lagi :)
Assalamualaikum. .
Tadi dekat sekolah ade Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan. .
macam biasa lah kan. . ? bila majlis-majlis macam ni, mesti pakai baju raya punyeee. .
Zati pkai baju warna pink. . "p/s, baju raya thun lepas" hehe. .
zati tak pakai baju raya tahun ni coz . . . ntah lah. . maybe sbb taknak kot. . hehe. .
Harini zati pakai simple je. . baju kurung warna pink, tudung bawal warna hitam dan kasut sekolah warna hitam. . bile zati tgk cermin jee. . OMG. . I'm sooo simple today. . hehe. . mls nk cantik-cantik, lawa-lawa, comel-comel utk harini. . sbb, bagi zati kalau ke sekolah. . biarlah SEsimple yg boleh. . haha. .
Zati tak ambil gambar p0n. . sbb zati tak bawak kamera atau telefon bimbit. . sebabbbbb. .
Telefon bimbit "TIDAK DIBENARKAN MEMBAWANYA SAMA SEKALI" . .
Kamera pulak. . zati mls nk jaga. . nnti hilang, susah pulakk. . haha. .
okaylah. . zati pun dah ngantok ni. . lain kali, kalau diizinkan ALLAH. . zati update cerita yg baru wookeeyy. ?
sekian, Wassalam. . :D
Assalamualaikum. .
fuhh. ! harini rasa mcm berlengas suma badankuh. . wwoooaaahhh. !!
nk rehat, nak rehat. .
wookeyy. ! zati skrang sibuk melayan KOLONY dkt fon. . hehe. . korang ade. ?
sebenarnye KOLONY ni sebuah ruangan chatting tanpa berbayar anjuran XPAX/CELCOM. .
zati mula kenal KOLONY ni drpd CHE WANY lahh. !
Assalamualaikum . .
huhahuhahuha. ! haritu zati cerita psal Che Wany kan. . kan. .?
Now. . zati nk story psal Cik Syifa pulak. . heheheheh
woookeeyy. ! urm. .
Cik Syifa Is my Bestfriend start from FORM 1 . . :D
zati suke berkawan dgn die. . sama jugak mcm Che Wany. . Cik Syifa ni seorang kawan yang Cool~
sifat-sifat Cik Syifa. .
- Cool
- Dia akan buat apa saja yang terlintas difikirannya
- kawan yang baik
- pandai membaca minda orang
- penyayang
- sangat sukakan kucing
- ada kalanya manja (sama mcm Che Wany)
- Bijak
Cik Syifa ni sebenarnya mempunyai satu minat yang sama dengan zati iaitu. . . membuat kerja pelik. .
segala benda yang tak pernah org buat, dia akan buat. .
moto kiteorang :
>> Kalau orang tak pernah buat sesuatu perkara tu, kita akan jadi orang pertama. . kalau orang dah pernah buat sesuatu perkara tu, kita akan jadi orang seterusnya<<
Kunjungilah blog Cik Syifa kite ni. .
Click this to view Cik Syifa's blog >>
CIK SYIFA
Assalamualaikum. .
hehehe. . petang tadi, waktu nk balik sekolah. . zati terjatuh tangga. .
fuhh. !! P000oowwweeerr laa. . waktu jatuh tu caannnteekkk je. . terseret dari atas sampai ke bawah. .
time tu ramai orang dekat tangga tu. . ramai yang menyaksikan adegan yang tidak diduga tu. .
ntah ape yg zati fikirkan sampai boleh jatuh tangga. .
biasanya kalau jatuh tangga ni, kite mesti akan rasa malu kan. ?
zati malu sikit r. . tapi sakit banyak . .
pape pun. . syukur kepada Allah sebab zati tak cedera . .
hehe. . sekian wassalam. .
Assalamualaikum . .
zati nk story berkenaan dgn CHE WANY kite. . She is my bestfriend start from standart one wokeeyy. ??
zati suke sgt berkawan dgn Che Wany ni. . hehe. . :D
Sifat-sifat Che Wany :
- keibu-ibuan
- penyayang
- baik hati
- lemah lembut
- ada sifat wanita melayu terakhir
- manis dgn senyumannya
- suka take care psal org lain actually kawan baik dia
- setia
huhuhu. . so, rasanya mana-mana lelaki yang dapat Che Wany ni. . comform bertuah gilerr.!!
hehe. .
click this to view che wany 's blog>>
Che Wany
Zati rase, zati dah ade jawapan tentang masalah yang zati hadapi selama ini. . ehehe. .
berkat bantuan my love love love mother SARIHA,my love friend NURUL SYIFA dan CHE NURSHAZWANI . . tidak lupa juga kepada EX-Bibik sy ULFIE. .
THANK YOU SOOOO MUCH. !
now, I can smile,smile and smile again. .
huh. . banyak betul dugaan yang telah zati hadapi. .but, I'm happy. . :))
setiap perkara yang berlaku dalam dunia ni ada hikmahnya kan. ?
HEHE. . okaylah. . nk tido. . wassalam. .
Assalamualaikum. .
huh. wokey. .! hurrm. firtsly zati nk story berkenaan dgn result exam zati baru-baru ni. . Syukur alhamdulillah coz ade peningkatan tapi ade jugak yg menurun. . But,better drpd sebelum ni. . dan zati harap pada peperiksaan akhir tahun, zati dpt peningkatan yg lebih lagi InsyaAllah. .
dan zati dapat mengalahkan GAN CHIN QUAN budak yg paling pandai dlm kelas zati tuh. . huh, siapelah yg dpt mengalahkan dia. ? hehe. .
okay. .itu sahaja yang zati nk kongsi psal result ni. .
Tata. ! wassalam. . :))
Ouuuhhyeahh.!
Zati confused lah. . Zati tak faham apa yang hati Zati mahukan. . Adakah zati tidak jujur pada hati Zati sendiri ataupun zati telah membuat keputusan yangggg SALAH. .
Tolonglah. . tolong. . zati tengah "confused" ni. .
grrrrr.....
Assalamualaikum. .!
Cakkk. .!!
Hookkaayyy..!! sebanarnye Zati rasa TERrajin pulak nak update sesuatu dekat blog nih . .
Urm, Zati baru mendapat Inspirasi dekat sekolah tadi yg Zati memang nak kongsi cerita ni dekat sesiapa yg Comel / Handsome yg baca blog Zati ni . .
Zati nak cerita ni. .
Salah satu tempat yang paling mudah untuk bersembunyi ialah dibelakang Langsir Pentas. . Terutamanya time Langsir tu tengah TER NGA NGA , terbuka luas dan tidak digunakan. . alar. . contahnye mcmni >> |||------|||<<
Boleh
imagine tak. ?
Kalau tak boleh, tak pelah. . Wokay, . berbalik kepada cerita tadi . . nak tahu tak kenapa Zati kata mudah untuk bersembunyi. ? Sebab. . .
Langsir tu TEBAL, BESAR dan TIDAK JARANG. .
hehe. . Gambar Contoh je. . Sorrylah . . tak ade gambar lain lah . . gambar ni je yang paling senang untuk dijadikan contoh. . hehe. .
Haaa. .
Langsir tu macam dekat belakang sofa ni . .
Nak tahu tak .? Oleh kerana langsir tu Tebal dan mudah untuk bersembunyi. .
Jadi, tak salah lah kalau Zati kata. .
Gejala yang tidak diingini mudah berlaku disebalik Langsir yang Tebal ni . . Contohnya, seperti bercumbuan,maksiat dll.
Nak berdating disebalik langsir tu pun boleh . . So, Langsir tu memang tempat yang paling strategik. .
Memang tak ada sesiapa akan nampak
KECUALI ALLAH. .
Wokeyy..! Zati rase dah tak ada benda lagi nak diceritakan pasal langsir ni kot. .
sekian,Wassalam. .
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah
- Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
- Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
- Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
- Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
- Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
K0rang mesti kenal dengan budak kecik yang cerdik ni kan.??
aq suka betul r tgk budak ni berlak0n..aq suka tgk dia bercakap dan gelak...
setiap kali dia tergelak,aq p0n mesti akan ketawa..!!!
adoyy.!
Satu lagi aq nak bercel0teh...
aq memang minat giler dgn cerita Sekali Lagi..
sebab....ade Mia Sara ni laa....
cerita ni memang sedih kalau k0rang layan s0rang2...
s0,kalau ade mase...k0rang tgklah cerita ni erk.??kalau k0rang rasa tak sedih,tak pelah...
setiap 0rg citarasanye lain2 kan.??
Kalau k0rang rajin,tempah Filem ni dekat
ASTRO FIRST...
Ataupun kalau malas nak keluar duit...
download je....
kan senang..
hehehe..!!
Banyak perkara pelik yang berlaku dalam dunia ni...macam2 sejarah pelik yang telah direkodkan...Manusia pelik yang mempunyai kelebihan dan minat yang istimewa menyebabkan ramai yang tertarik untuk mengenali dan megetahui tentang diri mereka.
Gambar2 yang ada dibawah ini adalah antara gambar manusia pelik yang pernah direkodkan dalam sejarah dunia.. :))
Rambut Terpanjang
Kuku Terpanjang
Hidung Terpanjang
Misai Terpanjang
Hidung Terbesar
Mata Yang Paling Menonjol
Mata manusia ini adalah seperti manusia biasa..cuma dia boleh menonjolkan matanya sebegini rupa. :))