Tarikh Harini : 7 JULAI 2012
Penatnyee......... Tadi ada Hari Koperasi SMK BANDAR RINCHING yang diadakan di TESCO, SEMENYIH.
psssttt----->(BOHHHSANN)
hmmm.. Mungkin sebab ni First Time Sekolah buat Karnival kot.. dan keadaan nampak kurang meriah sbb..................... nampak macam kurang pelajar yang hadir ke Karnival tu..
Itu memang tak dapat nak dinafikan lagi.. Memang ramai yang tak dtg kat sana pun...
Guyssss guysss.. Come on lah.. ni acara sekolah kita.. kenapa lah korang tak boleh nak bagi sambutan??? Inilah sebabnya sekolah kita nampak tak meriah.. Sebab kurangnya sambutan daripada PELAJAR SENDIRI iaitu WARGA SEMEKAR!!!
Beb!! ape ni??? Tolong lah weyyhh!!
Pelajar sekolah lain pun sanggup dtg ke Karnival Sekolah kita..
Tapi Pelajar sekolah sendiri?? Mana perginya semangat cintakan Sekolah korang ni??
Malu lah sikit weyyhhh!!!
( Cehhh,Marah Konon ) :P
ok lah...Sambung cerita..
Tadi ada satu kawasan khas untuk nak ambil keputusan PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012.
Memang tak best.. My mother say " Lebih baik tak payah ambik result kalau camni gayanya...mama nak jumpa guru kelas..bukan nak ambik slip je... "
Kakak setuju sangat sangat sangat kata2 mama tu..
Ok, Sambung lagi.. Lepas tu Adik aku pulak buat hal.. Dia hilang kat Tesco..
Last2 jumpa dalam Tesco tingkat atas.. Memang mama ayah Bising habis lah..
Kesian dia..
Ish, tgh syok2 berblogging ni, tiba2 rasa lapar pulak..
Ok lah.. nak makan ni.. lapar sgt ni...
XOXO !!
Wassalam..
Tarikh Harini : 5 JULAI 2012
Kemenangan buat Mama!!!!
Actually, aku baru je menang dalam sukan Rejam Lembing.
JOHAN bagi Kategori Perempuan 2 Rejam Lembing dimenangi oleh Rumah Wira!! (Merah)
Sebenarnya aku cuma masuk satu acara aje.. :P
Tapi apa-apa pun, kemenangan ni aku nak bagi kat Mama aku..
Maksudnya, nak mama aku happy tgk kejayaan sukan PERTAMA aku.
Aku nak buktikan dekat mama aku, yang aku pun BOLEH!!
Aku bukanlah jenis orang yang bersukan.
Tapi, aku nak buktikan dekat mama aku, yang aku pun BOLEH!!!
Confirm tahun depan aku nak masuk Rejam Lembing lagi... YEAHHH!!
"Mama!! kakak dah tunjukkan dekat mama yang kakak pun boleh bersukan. Tengok ni mama.. Anak sulung mama berjaya dapat tempat Pertama dalam acara Rejam Lembing. I LOVE YOU MAMA!! I LOVE YOU FOREVER AND EVER!!!"
Oklah, sampai disini saja ENTRY aku pada hari ini..
XOXO !!
Wassalam. :)
Tarikh Harini : 3 JULAI 2012
Rasanya dah lama aku tak post something dalam BLOG kesayangan aq ni..Kesian BLOG aku.. dah bersawang...Ok berbalik pada topik..Aku nak la jugak share kat korang yang baca blog aku yg tak seberapa nitentang lelaki yang terbaik untuk perempuan.
- Lelaki yang Menjaga Kebersihan Agamanya
Lelaki yang menjaga agamanya itu adalah point yang utama bagi setiap wanita. Kalau dia sendiri yang cacat dengan agama, macam mana dia nak jadi pemimpin buat wanita? Dia takkan mampu jadi pemimpin sebab dia tak mampu memimpin dirinya sendiri utk menjaga Agamanya. Jadi, lelaki yang menjaga kebersihan agamanya adalah lelaki yang layak untuk dijadikan SUAMI.
Lelaki yang memahami ni maksudnya dia sentiasa faham dengan sikap korang. Walaupun kadang-kadang korang tengah badmood dan terlepas cakap tentang perkara yang kurang senang didengari. Tapi dia faham keadaan dan perasaan korang dan dia cuba untuk menyejukkan dan menggembirakan hati korang.
Kemaafan penting untuk setiap individu. Semua orang perlukan kemaafan. Memang ramai wanita yang mengimpikan LELAKI YANG PEMAAF ni. Memang susah nak jumpa lelaki yang macam ni sebab lelaki ni kebiasaannya mempunyai EGO YANG SANGAT TINGGI. Jadi, kalau korang ada lelaki yang macam ni, hargailah mereka.
- Lelaki yang Pandai Berjenaka
Wanita ni memang diciptakan sebagai makhluk yang sangat beremosi. Kadang-kadang wanita ni sedih sangat-sangat dan masa itulah dia sangat memerlukan teman yang boleh membuatkan dia gembira. Jadi, lelaki yang pandai berjenaka ni mampu mengubat hati wanita yang kesedihan. Bukan itu sahaja, dia juga boleh menceriakan hati korang setiap hari.
Lelaki yang sederhana maksudnya lelaki yang tak terlalu bergaya, tak terlalu memilih, tak terlalu cerewet,tak terlalu mengongkong dan segala perkara yang berkaitan dengan "tak terlalu" lah.. (memandai je aku ni). Wanita ni pun manusia juga. Kalau lelaki tak suka wanita yang "tak terlalu" tu.. Wanita pun sama juga kan?????
Itu sajalah ye.. Thanks kepada sesiapa yang sudi membaca Entry aku ni..Ok???Kalau aku ada Entry lain, aku akan post lagi.. Sekian, Wassalam.. ^_^