Tarikh Harini : 3 JULAI 2012
Rasanya dah lama aku tak post something dalam BLOG kesayangan aq ni..Kesian BLOG aku.. dah bersawang...Ok berbalik pada topik..Aku nak la jugak share kat korang yang baca blog aku yg tak seberapa nitentang lelaki yang terbaik untuk perempuan.
- Lelaki yang Menjaga Kebersihan Agamanya
Lelaki yang menjaga agamanya itu adalah point yang utama bagi setiap wanita. Kalau dia sendiri yang cacat dengan agama, macam mana dia nak jadi pemimpin buat wanita? Dia takkan mampu jadi pemimpin sebab dia tak mampu memimpin dirinya sendiri utk menjaga Agamanya. Jadi, lelaki yang menjaga kebersihan agamanya adalah lelaki yang layak untuk dijadikan SUAMI.
Lelaki yang memahami ni maksudnya dia sentiasa faham dengan sikap korang. Walaupun kadang-kadang korang tengah badmood dan terlepas cakap tentang perkara yang kurang senang didengari. Tapi dia faham keadaan dan perasaan korang dan dia cuba untuk menyejukkan dan menggembirakan hati korang.
Kemaafan penting untuk setiap individu. Semua orang perlukan kemaafan. Memang ramai wanita yang mengimpikan LELAKI YANG PEMAAF ni. Memang susah nak jumpa lelaki yang macam ni sebab lelaki ni kebiasaannya mempunyai EGO YANG SANGAT TINGGI. Jadi, kalau korang ada lelaki yang macam ni, hargailah mereka.
- Lelaki yang Pandai Berjenaka
Wanita ni memang diciptakan sebagai makhluk yang sangat beremosi. Kadang-kadang wanita ni sedih sangat-sangat dan masa itulah dia sangat memerlukan teman yang boleh membuatkan dia gembira. Jadi, lelaki yang pandai berjenaka ni mampu mengubat hati wanita yang kesedihan. Bukan itu sahaja, dia juga boleh menceriakan hati korang setiap hari.
Lelaki yang sederhana maksudnya lelaki yang tak terlalu bergaya, tak terlalu memilih, tak terlalu cerewet,tak terlalu mengongkong dan segala perkara yang berkaitan dengan "tak terlalu" lah.. (memandai je aku ni). Wanita ni pun manusia juga. Kalau lelaki tak suka wanita yang "tak terlalu" tu.. Wanita pun sama juga kan?????
Itu sajalah ye.. Thanks kepada sesiapa yang sudi membaca Entry aku ni..Ok???Kalau aku ada Entry lain, aku akan post lagi.. Sekian, Wassalam.. ^_^
0 Mendoakan Saya Berjaya