Sesat


Tarikh Hari ini : 13 Jun 2013

NAK TAU TAK??!!!
Semalam kan kan kan....
Aku SESAT -_-

1....2......3....

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!
HAHAHAHA!!
HA!! HA!!
HA!

Okay dah..

SESAT DARI KTM BANK NEGARA KE KTM KG. DATO HARUN.
WHAT?!!!!

Panjang tau ceritanya... 

Balik dari Asrama, macam biasa lah. Aku akan naik KTM bersama kawan2 dan aku akan berhenti di Serdang iaitu di tempat kerja mama dan mama akan jemput aku di sana.
Mula2 naik bas sampai ke Sogo. Lepastu Saje lah nk berjalan-jalan dengan kawan2
di Sogo.. Kami naik dari satu tingkat ke tingkat yg lain, saje lah nak explore apa yang ada.. 

Lepastu, aq dpt call dari mama yg menunjukkan aku kena balik sebab waktu kerja mama dah nk habis. Mama tunggu aku kat Serdang. So, aku pun pergi la ke KTM Bank Negara dan beli tiket utk ke Serdang.

Kali ni aku balik berdua je. Hanya aku dan sorang lagi kawan aku yang duduk satu kawasan perumahan dengan aku je. Kawan2 yang selama ni join naik KTM jugak dah balik dgn parents diorang. KENYATAANNYA, kami berdua pun tak berapa mahir naik KTM ni.. Selama ni just follow kawan2 yg mahir je.. Tapi buat2 mahir je la..

Tiba je tren, kami berdua pun naik....
Nampak tak ramai orang pun kat dalam tren tu.. Aku pun mengucap "Alhamdulillah" dalam hati.. bersyukur sebab dpt tempat duduk yg selesa.
Sempat jugak aku menjeling ke arah maps perjalanan tren.

Aku rasa macam lain je maps tu.. Macam ada yang tak kena je...
Aku pun buat tak tau je lah.. Fikir positif je..
Mula2 tren tu berhenti kat Kuala Lumpur dan seterusnya KL Sentral.

Aku fikir dalam hati, betul lah ni.. Mungkin aku tak salah tren.
Sebab tren yg biasa aku naik memang berhenti kat situ dlu.
So, perjalanan seterusnya berhenti di Petaling.

What??!!
PETALING??
Wey..wey...wey.....
Aku tak pernah naik tren yang berhenti di PETALING okay..

Mula2 aku biar je dulu.. Lepastu makin pelik je aku dengar nama2 tempat yang dituju..
Aku cakap dengan kawan aku, "Betul ke tempat kita pergi ni?"
Kawan aku pun pelik jugak, dia tgk maps perjalanan tren yang kami berdua naik tu.

Lama dia berdiri.... dan.. tengok... maps tu..
dia datang kat aku, dan tergelak..

Yes, memang kami dah salah naik tren...
 Makcik2 kat situ pandang je kami berdua yang berlagak 'COOL' ni..
Kami berdua pun buat keputusan utk turun di stesen KTM yang seterusnya.
Nanti kalau teruskan perjalanan, sampai ke mana pulak tren tu nak bawak kami berdua.

Tibalah kami di Stesen KTM Kg. Dato Harun.
Setelah bertanya kepada org di kaunter menjual tiket, dia suruh kami berdua pergi di Stesen KL Sentral semula dan pesan sesuatu supaya kami berdua tak sesat lagi.. Hehehe...
Akhirnya, kami pun kembali di KTM KL Sentral.
Lama jugak tunggu tren.. 
Tapi dapat jugak la naik tren yang betul dan sampai di Serdang dengan SELAMAT.

TAMAT!

Oh ye, waktu naik KTM dari KL Sentral tu, sesak giler2. Sesak tak terkata..
Aku dihimpit dan himpit dan himpit lagi..
Dah lah berdiri kat tiang, orang tolak,himpit,tolak, himpit..
Himpit dari depan aku sampai org depan aku nk tercium aku dah..
Nasib baik aku naik LADIES COACH.
Tak ada lelaki..
Kalau tak, tak tau lah apa yang akan terjadi..

Okaylah, sampai disini sahaja nukilanku. heheheheh..
Selamat Berpuasa. ^_^








Share:

0 Mendoakan Saya Berjaya