Encik Apa-Apa Je


Tarikh Hari Ini : 5 April 2014

----KHAS UNTUK ENCIK APA-APA JE----

Salam dah diberi di atas ye Encik Apa-apa je.
Ok, pertama sekali saya ingin mengucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sudi menunjukkan kepada saya sebuah video yang sangat bermakna maksudnya.
Mendalam juga ye?

Terima Kasih sekali lagi :)

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik kerana sudi berkawan dengan saya walaupun mungkin cuma seketika sahaja tetapi saya amat menghargai ukhwah yang telah terbina ini :)

Maaf lah jika terdapat sedikit salah faham antara kita ye Encik. Maklumlah , kita ini memang manusia biasa sahaja. Memang selalu melakukan kesilapan dan kesilapan itu memang tidak pernah lari daripada kita betul ye Encik?

Alhamdulillah, setelah saya mendengar sedikit sedutan daripada video tersebut, jelaslah saya telah memahami satu per satu apa yang ingin dimaksudkan oleh penceramah itu dan juga apa yang ingin dimaksudkan oleh Encik sendiri..

Encik, saya memang suka Encik. Suka sangat-sangat berkawan dengan Encik. Tetapi, saya tidak pernah terfikir langsung untuk menjadikan diri saya ini lebih daripada seorang kawan kepada Encik sebab saya tahu apa yang Encik mahukan dan saya faham apa yang Encik fikirkan. Setakat ini jelas ye Encik? Alhamdulillah.. 

Saya teruskan ye? 

Oleh itu, saya tidak mahulah ukhwah yang telah dibina ini hancur begitu sahaja.
Jadi, saya ingin Encik tahu, saya sangat-sangat menghargai seorang kawan yang baik seperti Encik.
Saya hargai sangat-sangat.
Janganlah Encik buang saya daripada 'List' seorang sahabat Encik.

Akhirulkalam, Encik seorang kawan yang sejati dan Encik juga telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Janganlah Encik beranggapan buruk dengan saya. 

Sekian, Terima Kasih :)

Ikhlas daripada ,

Izzati Syahirah

Share:

0 Mendoakan Saya Berjaya