Tunggu Kejap


Tarikh Hari Ini : 19 JULAI 2014

Pernah tak???? Pernah takkkk????
Pernah tak apa??

Pernah tak ada orang text, chat, atau cakap dengan korang :
"Aku nak makan kejap"
"Aku nak tengok movie kejap"
"Aku nak mandi kejap"
"Tunggu jap tau, aku ada hal"
"Nanti kita sambung text"

Dan semua ayat dia tu ada ayat yang menunjukkan kita kena tunggu dia (kejap , nanti , tunggu dll. )
Pernah kan?????

Dan pernah tak berlaku suatu perkara dimana mereka TIDAK TEXT, CHAT ATAU CAKAP dengan korang balik setelah beberapa jam berlalu dan "conversation" anda tamat begitu saja tanpa memaknakan ayat "KEJAP, NANTI, TUNGGU JAP EH" diorang tu??
Mestilah pernah kan?? Apakah yang anda rasai ketika itu??
MENYAMPAH, isn't it??
 
Ye, memang seriously menyampah tahu......hahaha
Si penulis tu pun satu, tak tahu ke ayat mereka tu memerlukan mereka untuk menyambung semula "conversation" mereka sebab mereka dah bagi ayat yang menandakan kita si penerima ayat begitu perlu menunggu mereka menyelesaikan (kerja,masalah, hal ) diorang untuk beberapa ketika.
Aku kalau dapat orang macam ni, aku malas betul nak layan dah.. Lantak kau lah..

Buat orang lain tertunggu-tunggu tu ingat elok sangat ke?? *emosi*

So, please.. janganlah buat orang lain tertunggu-tunggu..
Kalau tak nak text, chat atau apa2 je lah, bagi tahu lahhh.. bukan buat orang tertunggu-tunggu macam orang tak de hala tuju..

Kesian si penunggu... dah macam penunggu istana dahh. *ok, tak ada kena mengena*
I hope again, perkara yang pernah berlaku ini tidak terus berlaku pada diriku lagi kerana berkemungkinan besar aku akan mula "naik menyampah" dengan orang tu secara mendadak..
Uuuuuuuuuu

Anda juga janganlah buat sebegini rupa dengan orang lain... Tak baik tau buat orang tertunggu-tunggu..

"Padan muka, siapa suruh tunggu?"
Siapa suruh tunggu??? Tak usah mempersoalkan "kenapa"..
Sekurang-kurangnya hargailah penantian seseorang itu.. 
Siapalah lagi yang nak sangat tunggu "awak" tu kalau bukan orang yang "awak" suruh tunggu ni, menunggu awak selama "bertahun-tahun"  :p


p/s : Macam panjang dan beremosi pulak entry aku kali ini.. :p

Share:

0 Mendoakan Saya Berjaya