Inikah Balasanmu

            Greeting Text

Tarikh Harini : 30 Mei 2012









      
          Waktu telah berlalu, Ain masih lagi termenung di tingkap. Dia masih memikirkan apakah yang akan terjadi selepas ini, berharap agar kesedihan yang dialaminya sebentar tadi tidak berulang lagi. Jika diingat kembali, PERIT... sungguh PERIT... Hanya orang yang mampu menanggungnya sahaja yang boleh bertahan. Ain juga tergolong dalam kategori orang yang mampu menanggungnya. Kesakitan itu masih segar lagi. Air matanya masih membasahi pipi.


        Surat yang diberi oleh Razif masih di pegangnya. Surat yang terkandung seribu Harapan dan Impian yang penuh dengan cita-cita. Pilu. Pilu hatinya. Harapan dan Impian itu HANCUR tanpa sebarang kata-kata.


        "Dia wanita yang kekanda cari-cari selama ini. yakinlah dalam hati adinda bahawa wanita yang kekanda maksudkan itu ialah Nurul Ain Huda binti Ilham."
        
         Kata-kata itu telah mati. Mati dihakis oleh air mata kecewa. Mana perginya kata-kata Razif itu selama ini? Ain menanggung kesedihan itu sendirian dan tiada sesiapa yang dapat membantunya.

         Ain seorang gadis yang agak malas. Dia sangat nakal tetapi periang dan tomboy. Dia agak degil dan susah untuk difahami dan dia tidak pandai masak. Pernah juga dia cuba untuk memasak namun masakannya sangat tawar dan ada kalanya dia menggoreng telur sehingga hangus. Tetapi semua itu telah berubah setelah cintanya telah diberikan sepenuhnya kepada Razif. Dia ingin menjadi isteri yang baik satu hari nanti.

         Sedikit demi sedikit perangai buruknya itu dapat diubah. Dia menjadi seorang wanita yang sangat rajin, Baik budi pekerti, sopan santu, dan pandai memasak. Semua itu atas dasar niatnya yang ingin menjadi isteri yang baik buat Razif. Tapi, perubahannya itu tidak membawa apa-apa makna. Segalanya telah musnah.
    



4 Tahun Yang Lepas.......


                                                                                                              
No.3 Jalan Sri Hartamas 1
Taman  Sri Hartamas  50480
Kuala Lumpur,Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur.

12 Mei 2007


Apa khabarmu disana? Kekanda disini baik-baik saja. Kekanda berharap adinda juga begitu.

Ain,
     Sudah lama kita tidak bertemu dan hati kekanda sangat rindukan adinda yang berada di sana.
Kekanda di sini baru sahaja mendapat pekerjaan. Kekanda berjaya mencapai cita-cita kekanda untuk menjadi seorang Arkitek setelah berjaya merangkul segulung Ijazah.

     Adinda, sebenarnya sejak kekanda meninggalkan Bumi Kerteh, kekanda dapat merasai sesuatu yang aneh. Kekanda rasa hati kekanda sangat berat untuk meninggalkan adinda di sana. Mungkin ini yang dinamakan cinta. Kekanda rasa, kekanda telah menemui sebuah cinta.

      Kekanda belajar bersungguh-sungguh agar kekanda dapat mencapai cita-cita dan hidup bersama adinda. Kita bina sebuah Istana Cinta. Kekanda ingin memberitahu adinda bahawa kekanda sudah menemui cinta yang sejati buat kekanda. Cinta kekanda telah dimiliki oleh seorang wanita yang baik budi pekertinya, santun luhurnya dan penyayang orangnya.

      Kekanda amat menyayangi wanita itu. Dia wanita yang kekanda cari-cari selama ini. yakinlah dalam hati adinda bahawa wanita yang kekanda maksudkan itu ialah Nurul Ain Huda binti Ilham.

      Jika diizin Allah, Kekanda ingin memperisterikan adinda. Kekanda harap adinda juga mempunyai rasa yang sama seperti kekanda. Kekanda juga berharap adinda tidak menolak cinta kekanda ini.
Sampai di sini sajalah warkah kekanda pada hari ini.
Sekian,terima kasih


Yang Ikhlas 

Razif Hisyam 



     Betapa berbunganya hati Ain ketika itu setelah mendapat sepucuk surat daripada seorang jejaka pujaannya. Mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Bermain bersama, makan bersama, berkongsi suka dan duka bersama-sama. Semua itu telah berakhir sejak Razif pergi menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

      Itulah surat pertamanya buat Ain. Hari berganti hari. Ain berjaya merubah sedikit demi sedikit perangainya dan dia menantikan khabar Razif lagi. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Dia bahagia.

      Namun, kebahagiannya itu telah hancur setelah Razif pulang.


Di tepi Pantai.....


" Razif nak kahwin"

      Ain tersenyum.

"Kenapa Ain senyum?"

       "Ain sedia menjadi isteri yang baik buat Razif."

"Hahaha, Ain.. Razif lupa nak bagitahu Ain. Razif dah ada wanita yang lain. Lagipun Ain kan 'tomboy' takkanlah tomboy nak jadi isteri Razif pulak? hahahaha.. Ain ni pandai bergurau"

"Habistu? apa makna surat Razif 4 tahun yang lepas?"

      "Razif bergurau aje lah. Kitakan suka bergurau macamtu waktu kecil-kecil dulu. Ain lupa ke?"

"Oh, Ain tak sangka yang Razif bergurau."

    "Ain ingat Razif serius?"

"Tak adalah, Ain balik dulu."

    "Kenapa awal sangat?"

"Ain kena bantu mak masak"

     "Masak?? hahaha.. bukan ke Ain tak pandai masak? sejak bila Ain pandai masak ni?"

"Ain balik dulu. Assalamualikum."

Razif hairan...

Hati Ain hancur.. Entah mengapa ketika itu hatinya bagai dicincang lumat. Razif sanggup mempermainkan hatinya. Razif telah melukakan hatinya.

    Lebih menyakitkan apabila dia melihat Razif diijabkabul bersama dengan wanita pilihannya Fatimah Badriah. Dia memang cantik, sopan santun, dan sangat lembut suaranya.

     Ain pasrah... Dia pasrah dengan apa yang terjadi.. Razif memang seorang lelaki yang baik. Dia menjaga solatnya dan mengaji setiap hari. Dia seorang lelaki yang bertanggungjawab.

      Namun, segala kebaikan itu tidak membawa erti apa-apa.

Razif bahagia namun Ain menderita....



# Nukilan yang tidak seberapa ini ditulis oleh Izzati Iszan

Share:

0 Mendoakan Saya Berjaya