Kepulangan sebuah senyuman


Tarikh hari ini : 12 Disember 2012 ( 12.12.12 )

Okay buddyz,

Setelah beberapa minggu aku menghilangkan diri, akhirnya aku kembali dan membawa sebuah berita gembira untuk diri aku sendiri.. hohoho!!


Haritu kesedihan menimpa diri aku.
Sampai aku rasa diri ni tak berguna lagi.
Pelik juga, kenapa orang suka buat aku ni macam 'material'.
Kalau nak, ambik.. kalau tk nak, buang atau tinggal je..
Hey! dia ingat aku ni tak ada hati ke??
Ewah2..

Yeahh, mungkin juga dia ada alasan tersendiri.
Tapi, cara yang dia buat tu salah.
Sepatutnya, bincanglah elok2 kan??
Dah lah orang tu tak minta maaf langsung.
memang dia betul2 layan aku ni macam 'material' .
Mungkin orang yang berkenaan tak terasa pun yang dirinya bersalah.
"Susahlah nak terangkan dengan orang yang tak faham ni"

Tak apa lah, 
perkara dah lepas pun..
Nak marah2 sangat pun tak guna.
Bukannya orang yang salah tu "reti nak minta maaf" pun.
Ehhh, dah lah.. bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya..
Ini bukan BERITA GEMBIRA yang aku maksudkan.
.
.
.
.
.
.



Haaaaaa!! inilah BERITA GEMBIRA yang aku maksudkan sebenarnya.
Nampak tak gambar perempuan senyum tu??
Actually, tu cuma gambar hiasan je. hehe..
Okay, now.. aku dah mampu untuk kembali senyum.
untuk mewarnai hari-hari aku yang "Kosong dan Gelap" selama ni disebabkan kesedihan yang menimpa diri aku.
Teruknya!!
Hehehe..

Korang mesti nak tahu 'sebab' aku dah mampu untuk kembali senyum kan??kan???kan???
Sebabnya ialah.....
Aku dah motivasikan diri sendiri.
Akhirnya aku menerima hakikat apa yang telah berlaku
dan aku berpegang pada satu pepatah

"Ukur baju di badan sendiri"

Mungkin juga dia tu bukan untuk aku dan tak sesuai untuk aku.
Sebab aku ni tak setaraf dengannya.
Aku ni tak sehebat dia.
Aku ni tak sepandai dia.
Aku ni tak setanding dengan paras rupanya.

DAN..

Aku ni tak sesuai dengannya kerana umur aku lebih muda daripada dia.
Aku ni layak untuk dilayan seperti kanak-kanak atau adik-adik je kan??
So, okay.. aku pun faham..


Aku motivasikan diri aku.
Aku pujuk hati aku.
untuk SENYUM semula.
Dalam senyuman aku, tersimpan berjuta kesedihan yang tiada siapa tahu.

Aku memang sakit.
Tapi, ubatnya hanya ada pada orang yang dah buat aku sedih je.
Kalau dia mampu untuk tengok aku terus menderita, dia boleh biarkan aku macam tu je.
Keputusan ada ditangannya.

Tapi, apa-apa pun.. 
Aku akan senyum dan simpan semua kesedihan, kesakitan dan segala-galanya.
Tak perlu lagi aku terus bersedih untuk orang yang tak fikir pasal aku kan??



Bila di ingatkan balik,
kelakar pulak.
Kenapalah aku ni bodoh sangat..
Mudah sangat percayakan orang.
Hahahahahahahahahahhahahahahahahaha!!
(gelakkan diri sendiri)


Tak pe lah.
aku dah kehabisan kata-kata.
Btw, SMILE ALWAYS!!
XOXO !!

Wassalam  ^_^

Share:

3 Mendoakan Saya Berjaya